Thursday, January 25, 2007

Rover Peace Baton



Selamat Kembali ke tanah air... Macam orang baru balik dari Mekah pula. Rover Peace Baton, atau bahasa Melayunya, Baton Keamanan Pengakap Kelana mula sampai pada 17 Januari 2007 dari Malaysia. Ketua Pengakap Malaysia, Dato Syafie', telah menyerahkan Baton tersebut kepada Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.


Dipendekkan cerita, Baton ini telah melalui keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam bermula dari Daerah Belait, Daerah Tutong seterusnya Daerah Temburong dan berakhir di Daerah Brunei Muara. Sekarang Baton ini mula menjelahi Negara Philipines sebagai destinasi terakhir mereka.


SELAMAT JALAN BATON KU...setelah melalui 8 negara (Route 1), iaitu Fiji, New Zealand, Australia, Papua New Guinea, Indonesia, Singapore, Malaysia, Brunei Darussalam dan terakhir sekali, Philipines.

No comments: